Terma Perkhidmatan
Kemas kini: 25/06/2026.
1. Perkhidmatan
PSCargo Pusat menyediakan perkhidmatan penghantaran kargo door-to-door dari Malaysia ke Indonesia. Anggaran tempoh penghantaran adalah seperti yang dinyatakan dan tidak dijamin tepat kerana faktor luar kawalan (kastam, cuaca, logistik).
2. Tanggungjawab pengirim
Pengirim bertanggungjawab memastikan ketepatan maklumat penerima dan kandungan parcel mematuhi senarai barangan dibenarkan. Barangan terlarang (rujuk halaman Barang Dilarang) tidak akan dihantar.
3. Liabiliti
Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan akibat kecuaian pengirim, atau atas barangan mudah pecah yang dihantar atas risiko sendiri. Caj cukai kastam yang melebihi kebiasaan ditanggung oleh pengirim.
4. Harga & bayaran
Harga adalah seperti dalam senarai harga semasa dan termasuk cukai serta perkhidmatan di pelabuhan Indonesia, melainkan dinyatakan sebaliknya. Caj wrapping adalah tambahan.
5. Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi customer service kami.